Al Fatihah..




Dari kiri Danial, saya dan Acap, Zanur, Ain, arwah Hanisa (baju bewarna kuning) dan Masyitah.



Petang tadi, saya menerima satu sms, daripada adik Masyitah dari Negeri Sembilan. salah seorang ahli peserta tiger skuad semasa Kem harapan Sapura. Adik-adik saya.

“ As’kum… A.Imran? hanisa dh mninggal ngn adk die 7 thn bru pg td rmh die kne rmpuh lori mnyk. Hbs x de bnde yg tngl trbkr.”

“Astaghfirulllahalazim, innalillahwainnailaihirojiu’n..” Saya membalas mesej tersebut. Terkejut.

Benarlah, maut tak mengenal usia.

Al fatihah..


Petronas siasat insiden lori tangki rempuh rumah

Sumber: http://www.bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan sedang menyiasat insiden yang mana sebuah lori tangki minyak merempuh sebuah rumah di Batu 18, Kampung Ulu Klawang di Jelebu, Negeri Sembilan sehingga mengorbankan pemandunya dan dua beradik kira-kira 8.40 pagi tadi.

Menurut kenyataan Petronas Dagangan, pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan serta operator pengangkutan yang membawa produk untuknya berada di tempat kejadian untuk menyiasat punca insiden.

"Petronas Dagangan melahirkan rasa kesal dan takziah dan akan memberi segala bantuan yang perlu kepada keluarga mangsa insiden.


"Syarikat akan mengambil tindakan yang perlu terhadap operator pengangkutan yang terbabit dalam kejadian ini," menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian itu, lori tangki berkenaan yang sedang membawa 21,000 litre petrol dan 10,000 liter diesel terbabas dan merempuh sebuah rumah lalu terbakar.

Pemandu lori tersebut mati dalam kejadian itu termasuk dua beradik yang sedang berada di dalam rumah berkenaan semasa kejadian. - Bernama



Semoga roh arwah dan adiknya ditempat dikalangan orang-orang yang beriman.

ingat lima




menghargai masa


“Pekeliling satu..”

“Sri Petaling?” Abang tiket bertanya tak faham.

“Pekeliling..”Saya meminta sekali lagi.

“Titiwangsa..?” Abang tiket membetulkan.

“Haah, ye la tu” saya tersengih, malu kat orang belakang. Cepat-cepat mengcoverkan diri, puas cuba untuk mengingat kembali perkataan 'Titiwangsa'.

Perjalanan dari Nilai ke rumah di Jengka 24 mengambil masa lebih kurang 4 jam. Menaiki bas di stesen Pekeliling, singgah di Bandar Temerloh, terus menukar bas ke Kuala krau. Dari Kuala krau, menaiki bot merentas sungai Pahang.

Sekali dengar macam orang asli nak balik pendalaman.

Ya lah, siap naik bot lagi. Sebenarnya, boleh je kalau nak berhenti di Bandar Jengka, tapi lagi best naik bot. Menikmati pemandangan sungai Pahang.

Merasa hebatnya gegaran bot meredah arus sungai, dan moga moga hati juga bergetar melihat kebesaran dan keagungan ciptaan Allah.

MASA

Selalunya bot ini akan menggunakan arus sungai sebagai pembantu tenaga enjin sedia ada. Cuma perlu bijak menggunakan arus. Pandai mengawal arus, cepatlah pula sampai ke destinasi, dan jika gagal mengawal arus mungkin lewat tiba dan lebih teruk mungkin terus hanyut dibawa arus.

Arus sungai yang mengalir kadang kala deras dan kadang kadang perlahan, namun terus mengalir. Begitulah juga waktu, terus berjalan tanpa kita sedari. Bijak mengawalnya kita akan berjaya, dan jika gagal mengisinya kita tergolong dalam golongan yang rugi.

Semuanya terpulang pada kita untuk mengawal dan mengisinya.


Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”

(Al Asr 1-3)


INGAT LIMA

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)


Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang dengan merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan di kemudian hari.


Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya terus berlalu dengan pantas dan diisi pula degan kelima-lima masa atau keadaan yang merupakan lawannya itu.


Justeru demi memperolehi keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi.


Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti.



Diedit dari sumber


p/s: peringatan untuk diri, banyak sangat buang masa =(

Search This Blog

Loading...

About Me

My Photo
MOHD IMRAN B AB AZIZ Musafir dari Pahang, anak kelahiran Singkir, Kedah; Menulis untuk berkongsi dan saling memperingati..
View my complete profile

ch@t

Followers

sejagat

My Blog List

pemikir

kuasa rakyat

kuasa rakyat

HiDup SebuAh PeRjALaNaN

HiDup SebuAh PeRjALaNaN